Misi lahir belia gemilang
Oct. 28, 2008
Belia tonggak negara. Semua sedia maklum akan mutiara kata ini. Dasar Pembangunan Belia Negara mendefinisikan belia sebagai golongan yang berumur antara 15 hingga 40 tahun.
Berdasarkan takrifan tersebut, hampir separuh penduduk negara ini adalah golongan belia. Belia hari ini mencerminkan kepimpinan masa depan. Maka ia dijadikan landasan untuk menjadikan Malaysia sebagai bumi bertuah yang berjaya, aman dan makmur.
Namun, tidak dapat dinafikan golongan belia kini tidak lagi terikat bagaikan 'katak di bawah tempurung'. Ironisnya, mereka sekarang menjadi 'katak di bawah lampu kristal'!.
Pemikiran belia semakin berubah. Mereka lebih terbuka, kreatif, inovatif dan berani keluar dari kepompong lama apabila perkembangan teknologi yang begitu luas menjadi gaya hidup.
Selaras dengan itu, sebuah anugerah dicipta bagi memberi penghargaan dan pengiktirafan ke atas pencapaian kelompok belia dalam pelbagai bidang, menggalakkan penyertaan mereka dalam kerja-kerja sukarela dan kemasyarakatan sekali gus menjana sokongan masyarakat umum terhadap kerja-kerja pembangunan belia.
Ekoran itu, kerajaan menyambut Hari Belia Negara tanggal l5 Mei setiap tahun bagi menghargai belia-belia yang aktif berpersatuan serta terlibat dalam kegiatan sukarelawan. Tambahan pula sambutan gilang-gemilang ini turut diadakan di peringkat negeri.
Sempena ini, kerajaan turut mengadakan satu program pengiktirafan bagi individu dan organisasi yang telah menunjukkan jasa dan sumbangan yang cemerlang kepada pembangunan belia melalui 'Anugerah Belia Negara'.
Kebiasaannya, kebanyakan golongan belia tidak gemar melibatkan diri atau menganjurkan mana-mana aktiviti kemasyarakatan dengan memberi alasan tiada masa.
Tetapi lelaki ini tidak pernah merungut atau memberi alasan 'tiada masa' untuk mengadakan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
Sebaliknya, beliau sanggup mengorbankan tenaga dan masa semata-mata untuk pelbagai aktiviti sukarelawan pada peringkat negeri dan antarabangsa.
Sumbangan yang tulus ikhlas inilah yang membuatkan lelaki berjiwa mulia ini dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Belia Negara peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) bagi kategori sukarelawan pada tahun ini.
Azman Mahmood, 38, teruja dan terharu apabila merangkul anugerah yang berprestij tinggi itu dan beliau menyifatkan pengiktirafan ini sebagai satu tanda penghargaan besar kerajaan terhadap sumbangannya untuk pembangunan belia di negara ini.
"Jika kita ingin berbakti pada masyarakat dan negara, bersedialah membantu golongan belia yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan. Usah beri alasan, sebaliknya tampil ke hadapan dan berganding bahu bersama pihak lain untuk melahirkan belia yang lebih berkualiti.
"Sebenarnya, naluri ingin menyumbang pada pembangunan belia wujud apabila saya melihat segelintir belia di kawasan kediaman saya terjerumus dalam gejala sosial seperti dadah, pergaulan bebas, perhubungan sejenis, jenayah juvana, gangsterisme dan ajaran sesat," katanya kepada Kosmo!.
Azman mengakui jiwanya terguris apabila melihat sendiri keletah anak-anak muda terutamanya remaja membazirkan masa dengan terlibat dalam aktiviti tidak berfaedah.
Dari situlah, beliau bertekad untuk melakukan sesuatu demi anak-anak muda di kawasan kejirannya di Bangsar, Kuala Lumpur dan sanggup berkorban masa dan tenaga serta berhadapan dengan pelbagai rintangan yang menghalang misi suci dalam merealisasikan pembangunan belia di kawasan pangsapuri Putra Ria di Bangsar.
"Pada awalnya, perjalanan misi ini bermula sebagai ahli dalam Gerakan Belia 4B Malaysia, cawangan Putra Ria, Jalan Bangsar. Saya bergiat aktif dalam gerakan dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan pada tahun 1997, saya dilantik sebagai pengerusi.
"Menyandang jawatan tertinggi ini secara tidak langsung menggalakkan saya menganjurkan pelbagai aktiviti untuk penghuni kawasan Putra Ria. Kemudian, pada tahun 2004, saya dilantik pula sebagai Penolong Setiausaha Belia 4B (M) kawasan Lembah Pantai dan Exco Belia 4B (M) WPKL," ujarnya yang turut memegang jawatan sebagai Pengerusi Majlis Belia Kawasan Lembah Pantai pada tahun 2006.
Jenis-jenis dadah
Opiat | Kanabis | Depresen | Psikotrapik | Stimulan | Halusinogen | Inhalant | Prekursor | Bahan Lain
Tempat Kerja Bebas Dadah
Dari perangkaan didapati lebih 80% yang terlibat dengan dadah adalah dari golongan belia. Kebanyakan belia-belia ini adalah pekerja. Penggunaan dadah di tempat kerja akan mengakibatkan kerugian kepada syarikat khususnya dan kepada negara amnya. Pekerja yang mengambil dadah merupakan pekerja-pekerja yang kurang berkeupayaan dan kurang produktif. Pekerja begini akan bertindak secara tidak bertanggungjawab yang boleh mengakibatkan gangguan kesihatan dan keselamatan kepada rakan sekerja dan organisasi. Gejala buruk lain yang berkemungkinan akan timbul terutama kemalangan di tempat kerja, tiada berkeupayaan dari segi pemikiran, kecacatan kepada bahan-bahan pengeluaran, hilang pendapatan, jenayah, anti sosial dan merosakkan organisasi. Organisasi perlu ada polisi dan program pencegahan dadah untuk mengelakkan pekerjanya terlibat dengan gejala dadah. Majikan perlu berusaha bersama kerajaan untuk menangani masalah dadah di organisasi masing-masing.
Objektif-objektif untuk mewujudkan Tempat Kerja Bebas Dadah adalah seperti berikut :-
Objektif 1 : Meningkatkan produktiviti, tahap kesihatan dan keselamatan pekerja serta melindungi tempat kerja daripada gejala dadah.
Objektif 2 : Membantu semua agensi kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Antidadah.
Objektif 3 : Membantu syarikat-syarikat mempunyai dasar dan program pencegahan dadah di tempat kerja.
Objektif 4 : Menggalakkan pihak swasta dan agensi kerajaan melibatkan diri dalam program pencegahan dadah di tempat kerja.
Objektif 5 : Meningkatkan kesedaran pihak pengurusan dalam menangani masalah dadah di tempat kerja.
Program-program yang boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :-
Objektif-objektif untuk mewujudkan Tempat Kerja Bebas Dadah adalah seperti berikut :-
Objektif 1 : Meningkatkan produktiviti, tahap kesihatan dan keselamatan pekerja serta melindungi tempat kerja daripada gejala dadah.
Objektif 2 : Membantu semua agensi kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Antidadah.
Objektif 3 : Membantu syarikat-syarikat mempunyai dasar dan program pencegahan dadah di tempat kerja.
Objektif 4 : Menggalakkan pihak swasta dan agensi kerajaan melibatkan diri dalam program pencegahan dadah di tempat kerja.
Objektif 5 : Meningkatkan kesedaran pihak pengurusan dalam menangani masalah dadah di tempat kerja.
Program-program yang boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :-
- Triggering Seminar.
- Ujian Saringan Air Kencing.
- Program Bersama Kementerian Sumber Manusia
- Kursus Training Of Trainers (TOT) untuk Ketua Jabatan/Penyelia di Jabatan Kerajaan dan Swasta.
- Publisiti (Billboard, papan tanda, risalah, CD/VCD dan sebagainya).
- Aktiviti Ceramah, Pameran, Tayangan Video, Outreach, Canvassing dan sebagainya
No comments:
Post a Comment